Saturday, March 21, 2009

Pembina Open Futsal




pembina open futsal...
ade 5 team bmi yang masuk...
kucing hitam..
kucing putih...
wesh...
bb boo...
yang lagi satu aku xtau name...
ke lima2 team kalah...
kucing hitam=1kalah,1seri,1menang
kucing putih=2kalah,1menang
wesh=xingat
bb boo=2kalah,1menang
lagi satu aku xingat gak...


kawanku!!!


Ni kawan aku..
name die yie..
die pandai posing..
die pakai baju jenama PDI...
die ade motor ego...
sape nak kenalan sile komen aku...
akan kusampaikan salam perkenalan kamu semua...

ingat ye..

Keindahan Malam....


keindahan malam...
dok kat depan umah..
amek gambar..
bajet tengok bintang ngan bulan...
pahtu posing jap..
suoh member amek gambar..
jadilah cam gambar kat atas...

Friday, March 20, 2009

Asal usul solat....

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu
tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua
rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu
Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa
a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa
lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut,
iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha
Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada
ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang
akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat
semoga dengan memahami bacaan
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.
Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
A l lah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati
ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"
AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT

Sakit!!!

adooiiii...
saket gile kaki belah knan aku ni..
jatuh mase maen futsal...

Thursday, March 19, 2009

Mc Donald Murah...


setelah mendapat duit untung mase bisnes aritu..
kitorang raikan dengan makan mcd kat highway mrr2...
dengan untung yg banyak..
kitorang membeli mcd yang murah..
supaya dwet tu xabis cepat....

Wednesday, March 18, 2009

lagi satu masalah..

selesai sume keje resume ngan fiqh..
datang lagi satu problem...
lab electronicccc....
tidakkk....
nyesal ponteng aritu....

Resume & Fiqh Kontem..

brite yang gua malas gile nak dengar..
lepas balik je jalan2 ngan maen futsal..
budak2 sume cakap nak wat keje..
skali gua tanye,diorang kate wat resume...
dah le fiqh xstudy lagik...
besok nye ade exam...
ni nak kene wat resume lak..
terkocoh2 gua cari resume nye example...
skali member2 gua kasik contoh r..
lengkap xlengkap sgt r..
janji leh pakai...
setel je wat resume ngan cover letter..
gua pown mintak si daus notes fiqh,
gua landing kat bawah..
n then gua study.... tapi study kejap je..
ngantuk siot.....

Jaya Jusco Posing..



penat dah shopping...
lepak sebentar tunggu jantan 3 ekor..
daus ngan pais ngan yie..
punye la lambat...
petang ade futsal..
sampai2 je diorang..
yie cakap die bli sluar..
lagik mahal lak tu..
pergh..org ngah kaye skang kan..
kasik je diorang joli..
wahahah.....
dah xde dwet baru diorang tau...

Tuesday, March 17, 2009

7 Pounds Movie....


Not bad...
story about sorang laki yang
kehilangan isterinya akibat kemalangan..
die rase bersalah..
pahtu xleh idup tenteram...
n then, die nyamar jadi lebih kurang cam pegawai cukai..
die cari orang2 yang betol2 baek..
die nak tolong....
pahtu die bunuh dir sebab nak kasik mata ngan jantung die kat orang yang die nak tolong tu...
jantung die kasik kat sorang pompuan ni..
dah ehem2 dulu baru kasik jantung...
tapi yang pelik,pompuan ni lemah jantung..
time ehem2 bleh plak..
huhuhuh....xpe2 pompuan kan..nafsu kuat..
wakakakakakkaa...
mata die die kasik kat sorang laki buta yang keje kat kedai daging...
abang die xtau die nak bunuh diri..
die cume deal ngan kawan baek die je..
die suoh kawan die wat agreement kot..
aku pown xsure sgt...
kalo nak tau lagi,tengok je lah citer ni...

Monday, March 16, 2009

Tamatlah Riwayat Pokok Itu....=(

setelah lama pokok itu hidup..
maka tamatlah riwayat pokok itu...
pokok di depan bmi dekat selkoh tempat parking keta...
kalah dengan hujan selebat kelajuan 100knot...
marilah same2 doakan kesejahteraan pokok itu...
dan sebab pokok itulah kitorang terpaksa meredah jalan
yang sebijik litarnya macam litar motorcross...
tapi kami berjaya...
so,hooray untuk kami...

Hepi Lahir Arai...

selamat ari jadi kepada arai..
hak3....
kalo aku wat lebih2 jgn marah yer..
aku wat camtu sebab ko telah menggunakan
perkataan kesat kat aku...
wakakakaka...
padan muke ko..
cakap lagik camtu..
kan dah kene tepung ngan telur....
ape2 pon,selamat ari lahir...