Sunday, February 21, 2010

Kenapa Lelaki Lebih Suka Berdiam Diri

Kenapa Lelaki Lebih Suka Berdiam Diri

Sebenarnya walaupun kamu lebih suka berdiam diri dalam banyak situasi dan nampak baik,
tindakan kamu ini sebenarnya tidak disukai oleh teman wanita kamu kerana mereka lebih suka kamu berterus terang dalam semua perkara. Malah mereka merasa lebih tertekan apabila kamu berdiam diri sekiranya berlaku sebarang perselisihan.
Sekiranya keadaan ini terjadi, perempuan perlu sedar bahawa lelaki memilih berdiam diri kerana sebab-sebab tertentu. Ketika itu, lelaki mungkin sukar untuk menyatakan hal sebenarnya kepada kamu yang disayanginya. Walaupun lelaki tersebut tahu kejujuran adalah hadiah paling berharga tetapi demi kebaikan bersama ada baiknya dia memilih berdiam diri terlebih dahulu daripada berterus- terang yang mungkin boleh melukakan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah jangan memaksanya untuk bersuara dan berterus-terang, kerana ia mungkin akan menimbulkan kemarahan dan boleh mencetuskan perselisihan faham.


Lelaki juga suka berbohong "sunat" terhadap teman wanitanya daripada mendedahkan perkara sebenar kerana biasanya apabila mereka menyatakan hal yang sebenar, teman wanitanya sukar untuk menerima hakikat tersebut. Biarpun mereka memilih untuk mendiamkan diri, ini bukanlah bermakna mereka takut terhadap perempuan, tetapi ia betujuan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran dan masam muka. Sebab perempuan biasanya lebih emosional dalam menangani sesetengah perkara.
Dalam soal ini, ramai lelaki merasakan tiada gunanya bertengkar dengan teman wanita kerana itu bukanlah jalan terbaik, malah lambat laun lelaki juga yang terpaksa memujuk. Jadi untuk mengelakkan berlaku pertengkaran atau bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlarutan lebih baik dia berdiam diri.
Oleh itu, jika teman lelaki kamu bersikap demikian kamu janganlah pula beranggapan si dia degil atau sengaja tidak mahu melayan karenah kamu. Ini kerana dia berniat untuk menyelamatkan hubungan kamu. Kamu juga seharusnya perlu sama-sama berdiam diri dan fikirkan secara mendalam apakah yang menjadi punca perselisihan tersebut. Bagaimanapun kamu boleh meneka apakah yang terbuku di hatinya walaupun dia berdiam diri. Bagaimanakah caranya? Senang saja, kamu cuma perlu perhatikan apakah tindakannya selepas itu. Kerana dengan melihat apa yang mereka melakukan secara tidak lansung membolehkan kamu mengagak apakah yang diinginkan sebenarnya.
Tetapi ingat!!!.Jangan mendesaknya berterus terang. Kerana kalau didesak mereka akan terus berdiam diri dan kalau memberikan jawapan pun, jawapannya kurang tepat atau tak ikhlas....
Malah ahli psikologi pun mengakui bahawa cara terbaik untuk mengenali lelaki ialah memerhatikan perlakuannya. Ini bukan bermakna cakap lelaki tidak boleh dipercayai tetapi mereka lebih boleh dipercayai daripada perempuan. Tetapi dalam hal-hal untuk menyelamatkan sesuatu perhubungan lelaki memilih untuk berdiam diri.

(sumber : Majalah Remaja, 15 Mei 2001 dan gambar hiasan diambil dari majalah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd)