Friday, May 28, 2010

bile hati ini bosan..

bile aku dalam keaadan bosan dirumah..inilah yang menjadi mangsa kepada kebosanan aku...hahaha..motor aku laa..nak merobek bende laen xleh..aku robek2 motor aku..bleh bogel kan die..bleh pegang..sume boleh..hahahhaa..xde hal punye..bukak2..kasik laju..hahahaha...




Sunday, February 21, 2010

Kenapa Lelaki Lebih Suka Berdiam Diri

Kenapa Lelaki Lebih Suka Berdiam Diri

Sebenarnya walaupun kamu lebih suka berdiam diri dalam banyak situasi dan nampak baik,
tindakan kamu ini sebenarnya tidak disukai oleh teman wanita kamu kerana mereka lebih suka kamu berterus terang dalam semua perkara. Malah mereka merasa lebih tertekan apabila kamu berdiam diri sekiranya berlaku sebarang perselisihan.
Sekiranya keadaan ini terjadi, perempuan perlu sedar bahawa lelaki memilih berdiam diri kerana sebab-sebab tertentu. Ketika itu, lelaki mungkin sukar untuk menyatakan hal sebenarnya kepada kamu yang disayanginya. Walaupun lelaki tersebut tahu kejujuran adalah hadiah paling berharga tetapi demi kebaikan bersama ada baiknya dia memilih berdiam diri terlebih dahulu daripada berterus- terang yang mungkin boleh melukakan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah jangan memaksanya untuk bersuara dan berterus-terang, kerana ia mungkin akan menimbulkan kemarahan dan boleh mencetuskan perselisihan faham.


Lelaki juga suka berbohong "sunat" terhadap teman wanitanya daripada mendedahkan perkara sebenar kerana biasanya apabila mereka menyatakan hal yang sebenar, teman wanitanya sukar untuk menerima hakikat tersebut. Biarpun mereka memilih untuk mendiamkan diri, ini bukanlah bermakna mereka takut terhadap perempuan, tetapi ia betujuan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran dan masam muka. Sebab perempuan biasanya lebih emosional dalam menangani sesetengah perkara.
Dalam soal ini, ramai lelaki merasakan tiada gunanya bertengkar dengan teman wanita kerana itu bukanlah jalan terbaik, malah lambat laun lelaki juga yang terpaksa memujuk. Jadi untuk mengelakkan berlaku pertengkaran atau bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlarutan lebih baik dia berdiam diri.
Oleh itu, jika teman lelaki kamu bersikap demikian kamu janganlah pula beranggapan si dia degil atau sengaja tidak mahu melayan karenah kamu. Ini kerana dia berniat untuk menyelamatkan hubungan kamu. Kamu juga seharusnya perlu sama-sama berdiam diri dan fikirkan secara mendalam apakah yang menjadi punca perselisihan tersebut. Bagaimanapun kamu boleh meneka apakah yang terbuku di hatinya walaupun dia berdiam diri. Bagaimanakah caranya? Senang saja, kamu cuma perlu perhatikan apakah tindakannya selepas itu. Kerana dengan melihat apa yang mereka melakukan secara tidak lansung membolehkan kamu mengagak apakah yang diinginkan sebenarnya.
Tetapi ingat!!!.Jangan mendesaknya berterus terang. Kerana kalau didesak mereka akan terus berdiam diri dan kalau memberikan jawapan pun, jawapannya kurang tepat atau tak ikhlas....
Malah ahli psikologi pun mengakui bahawa cara terbaik untuk mengenali lelaki ialah memerhatikan perlakuannya. Ini bukan bermakna cakap lelaki tidak boleh dipercayai tetapi mereka lebih boleh dipercayai daripada perempuan. Tetapi dalam hal-hal untuk menyelamatkan sesuatu perhubungan lelaki memilih untuk berdiam diri.

(sumber : Majalah Remaja, 15 Mei 2001 dan gambar hiasan diambil dari majalah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd)

Monday, February 1, 2010

mati..sudah cukupkah iman??

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Monday, December 7, 2009

projek cuti2... habiskan duet simpanan...

firstly my wira..
huhu....


BEFORE

AFTER



modah pasang xmahal.. sume skali RM250.00
skirt depan-putra lips=RM50.00
kiri kanan-GSR=RM50.00/each
spoiler belakang-GSR=RM100.00

second.. waja adek aku...
nih aku pown xtau nak wat camner..
just tengok mane yang kene...


BEFORE

AFTER

ni plak modal die tinggi sket..
skirt depan-Lancer Lips-RM120.00
skirt kiri kanan-RM 80.00/each
skirt blakang-RM 80.00
spoiler R3-RM50.00

MODAL2 KAT SINI SUME MODAL SKIRTING SAJE..
CAT BLOM LAGIK..
DWET XDA..
HAHAHA....

Thursday, November 12, 2009

Sedih Kisahnya...

Asri berasa lapar lalu dia pergi ke sebuah restoran untuk makan tengahari..Tiba2 dia ternampak kawan nya duduk minum seorang diri, keadaan nya agak bercelaru seperti tidak terurus... lalu dia pun menyapa kawannya itu...

Asri: Eh..Yunus... Kenapa ko ni...nampak sedih je..teruk keadaan ko..cam frust jer..putus cinta ke..cerita la aku nak dengar..mana tau aku boleh tolong.

Perlahan Yunus memandang...lalu menggeleng mengatakan bukan dia putus cinta..lalu dia mula cerita masalah yang menimpa nya..

Yunus: Bulan May lepas..mak aku meninggal..tinggalkan aku wang sebanyak RM10,000...

Asri: Aku ucapkan tahziah pada ko..sbar la ye...

Yunus: Bulan Jun yang lepas pulak...ayah aku pulak meninggal...dia wasiatkan aku wang sebanyak RM50,000...

Air mata Yunus mengalir ke pipi nya ..di kesat nya pelahan..Asri menenangkan sabahat nya itu..

Asri: Sungguh pilu..ibu bapa meninggal dalam masa yang singkat...patutla ko begini rupa...byk2 la berdoa semoga roh nya di cucuri rahmat...

Yunus: Bln lepas pulak...Mak cik sedara aku yang menjaga aku pula meninggal..die meninggalkan aku wang sebanyak RM15,000...

Lalu Yunus mula meraung ...ketakutan seketika Asri di buat nya...Yunus diam seketika dan menyambung cerita nya...

Yunus: Sekarang...takde sorang pun yang meninggal..Huawaaaaaaaaaaaaaaaa..

fight for ur right

setelah aku berusaha bersungguh maen gym..
bina otot..
makan telor banyak2...
joging tiap pagi ngan petang..
tumbuk pokok kelapa..
sepak pokok pinang..
akhirnya aku berjaya mendaftarkan diri..
untuk menyertai satu pertandingan..
pertandingan ni menggunakan kekuatan badan..
ketahanan mental dan fizikal..
kelajuan yg hebat...
kalu xde sume tu..
tolonglah jgn masuk pertandingan nih...
so,aku telah betrukar indentiti gak..
supaya xdikenal pasti oleh keluarga aku..
sebab kang mampuih aku kene pukul ngan diorang..
masuk pertandingan haram..

'LITTLE WARRIOR"



Sunday, November 8, 2009

dari petani kepada tokeh kedai makan..

setelah aku merancang perjalanan hidup aku..
aku telah berjaya keluar dari kepompong aku..
hahaha.... aku telah berkecimpung dengan bidang perniagaan pula..
modal mmg besar la..maklumlah..nak bukak kafe kan..
tapi alhamdulillah la.. kafe aku nih mmg ramai orang datang..
maklumlah kedai bagus kan..
makanan pown sedap..
so,ramai la pelanggan..xpernah putus kot..
sampai aku nak memasak pown xsempat..
aku jadik tokey ngan tukang masak..ade sorang pekerja...
awek aku la,,aku amek jadi pekerja aku.. tapi mmg best..
korang cubelah wat bende nih..
untung mmg kaw2 punyer... try ye...
jadik neigbour aku.... di CAFE WORLD!!!